Wednesday 23 December 2009

hitam-putih Dunianya

apakah kt peduli?




ketika kt msh jg lalai
mereka jg msh menderita

BLACK & WHITE PHOTO Contest


Jom meramaikn pertandingan nih...
 

 

dgr crita en.Ezzan sukakn pantai.. hehe

10 perkara melalaikn mahasiswa

1. Facebook
2. Facebook
3. Facebook
4. Yahoo Messenger
5. Blogging
6. Blogging
7. Tweeter
8. Blogging
9. Friendster
10. Nur Kasih


Monday 21 December 2009

tolong sy :0

thecamerajunkie.blogspot sdg mengadakan pertandingan foto bertemakan 'Black & White'
tarikh tutup 25hb ni
sy nk masuk jgk

ikut syarat penyertaan,cuma 1 gmbr blh dihantar
Dan sy msti ada dlm gambar itu
tapi........

sy bknlah fotogenik :(
dlm koleksi gmbr sy, cuma 0.0002 % ada muka sy

sy dh korek semua lubang cakera keras sy & jmpa gmbr2 ni...
xde yg btl2 cantik pon..

jd sy nk minta tlg jasa baik kalian utk undi gmbr mn patut dihantar





sy tau anda menyampah tgk gmbr2 sy
tp tlg la vote dgn sujujurnya ya

terimakasih :)

**gmbr last skali tu, sy yg duduk bercangkung bkn yg baring

Saturday 19 December 2009

surat buat kamu

kehadapan Mesin Pengisar,

        sy dah buat keputusan utk teruskan hidup, sy harus lanjutkan pengajian Msc di USM selama sharp 2 tahun, terbit 3 jurnal, 1 buku dan balik UNIMAS sahkan jawatan. kemudian sy harus pergi University College London @ University of California, Berkeley utk PhD. Walaupun kamu masih jauh dihadapan, kamu cuma sebuah mesin yg kosong, tapi sy memendam amarah dan cita-cita

yg hancur,
tomato

Monday 14 December 2009

Exposure

kalau dh faham pembahagian dlm fotografi
(Teknikal, Komposisi dan Editing)
jom kita merapu subunit paling penting bhgn Teknikal 
iaitu...
Pendedahan @ EXPOSURE ckp mamat saleh bermuka bejit

oleh kerana byk pembaca international,
sy akan gunakan istilah 'exposure' instead of pendedahan

Exposure adalah nilai pendedahan cahaya pada gambar;





gambar terlalu gelap
= Under exposed



 



gambar terlalu cerah
= Over exposed



 



gambar dgn pencahayaan cukup & ideal 
= Well exposed







 ada 3 benda yg saling menpengaruhi exposure iaitu;

1. Aperture (mengawal jumlah cahaya masuk)

2. Shutter-speed (mengawal brp lama cahaya masuk)

3. ISO (sensitiviti sensor@filem terhadap cahaya)


APERTURE

Aperture (disimbulkan dgn huruf 'f') ialah bukaan Iris dlm lens kamera yg bertujuan utk mengawal jumlah cahaya dibenarkan masuk ke sensor
(aperture jg penting dlm 'Depth of Field' dan 'Bokeh' - bincang lain kali)










semakin kecil nilai f @ semakin besar bukaan Iris
= semakin banyak cahaya dibenarkan masuk..

f bernilai kecil (bukaan besar) selalu digunakan sewaktu pencahayaan tidak cukup (eg: malam)

f bernilai besar (bukaan kecil) selalu digunakan bila pencahayaan terlalu terang  (eg: tgh hari panas)


SHUTTER-SPEED

Shutter-speed merupakan kelajuan tetingkap cermin dinaikkan dan diturunkan semula bila anda menekan shutter kamera
(cahaya pergi ke sensor bila cermin dinaikkan & pergi ke view-finder bila diturunkan)














apabila exposure dikekalkan, shutter-speed yg berbeza memberi kesan yang berbeza pada subjek bergerak;
semakin laju S-speed = semakin kaku gambar
semakin lambat S-speed = semakin blur gambar
- sering digunakan bagi mengawal kesan pergerakan
(merapu bhgn ni lain kali)











ISO

ISO (@ ASA) ialah sensitiviti sensor@filem terhadap cahaya.
contoh ISO yang selalu digunakan mengikut keadaan;
100 - landscape @ matahari terik
200 - gambar2 biasa
400 - gambar sukan @ benda bergerak laju
800 - dlm rumah tanpa flash @ waktu malam

apabila aperture & shutter-speed ditetapkan, ISO akan menjadi pemboleh ubah exposure gambar..

semakin kurang cahaya, semakin tinggi ISO yg patut digunakan

AWAS! kesan sampingan menggunakan ISO terlalu tinggi
adalah penghasilan Noise (bintil-bintil warna xrata) yg banyak;
(dlm >400 bagi kamera point & shoot, & >1600 bagi DLSR)

ISO = 100 (f=3.3, S-speed= 1/2)















ISO = 3200 (f= 3.3, S-speed= 1/64)

Monday 7 December 2009

antara aku, Dia dan Nikon

Dia...
ada Nikon besar
aku
ada nikon kecik

Dia...
mampu beli lens Leica
aku
guna kit lens percuma

Dia...
naik pacuan 4 roda
aku
pakai Rapid KL dan selipar

Dia...
guna studio besar
aku
pinjam bukit, hutan dan paya

Dia...
upah model2 yg lawa
aku
amik pepatung dan kerengga

Dia...
cipta webpage canggih bewarna-warni
aku
cuma blog putih overexpose

Dia...
banyak peminat2 setia
aku
harapkn pembaca comot yg sedang membaca ni

Dia...
ada nama, famous dan bergaya
aku
ada nama tp xfamous dan bersahaja

Dia...
aku
Nikonnya
dan nikonku
manakah?
pilihan hatimu

fotografi

untuk lebih mudah memahami fotografi,
sy bahagikan kepada 3 bahagian

1.Teknikal
2.Komposisi
3.Editing

TEKNIKAL adalah bahagian yg berkaitan dgn cara mengendalikan kamera, hukum fizik dan equipment kamera contohnya;
ISO, jenis dan saiz sensor/filem, shutter-speed, aperture, crop-factor, focusing-distance, dinamic-range, exposure, bokeh dan sbgnya

KOMPOSISI adalah cara menyusun gambar dan mempunyai banyak kategori contohnya;
rule of third, framing, back-front-middle ground, perspektif, kontras,subjek, elemen, depth of field, tekstur and etc

EDITING pula adalah cara mengolah gambar yg telahpun diambil dengan menggunakan software-software seperti Kedaifoto Adobe dan Picasa.

Jurufoto yg hidup di zaman kamera filem biasanya sangat hebat dalam bahagian teknikal manakala muda-mudi zaman sekarang lebih mahir dalam bahagian editing

komposi pula bergantung kepada kretiviti masing2 tidak mengira generasi

untuk bergelar hebat anda perlulah mengusai sekurang-kurangnya bahagian Teknikal dan Komposisi... jika anda tidak minat bahagian ini dan cuma minat edit gmbr..
sy simpulkn bahawa anda tidak minat fotografi, tp anda tergolong dlm golongan fotokaki @ kaki foto sahaja

Okay...blh tangkap?? penat otak sy merayau dan jari sy menari, cukup disini dulu.. mau tido dah

Selamat malam n jgn lupa singgah lagi nanti, xnk baca pun cukuplah sekadar bg komen yg memberansangkan

Oemar Bakrie

Sejujurnya sy xkenal siapa Oemar Bakrie
tp yg sy tahu itu adalah lagu iwan fals buat cikgunya

Oemar Bakrie tiada kaitan dgn sy
tapi Cikgu Raai' adalah cikgu fotografi sy

buat cikgu yg dihormati, blog ini adalah langkah cita-cita
menulis sebuah buku fotografi berbahasa Melayu

sy sgt suka kamera, bagi sy...
kamera lebih penting dari jaket

sy inginkan kamera canggih sejak ketagih 3 tahun lepas
tapi sy xmampu....

kamera pertama sy BenQ 3 megapixel, setelah dapat duit yayasan
sy upgrad kpd BenQ 5 Megapixel

sebagai seorang student yg ignkn sesuatu yg lebih canggih
sy pun mengikat perut utk membeli lumix FZ-7
tp tpaksa menjualnya kembali untuk membayar PTPTN beberapa bulan kemudian

seterusnya, sy membuat keputusan utk tidak membayar yuran UKM 1sem
dan beli Nikon D40x yg sy gunakan sehingga sekarang

jadi utk pengetahuan saudara dan saudari yg memiliki kamera lebih besar
tidak perlulah membaca blog sy kerana sy xmampu bercakap se-advance kamera kalian

tapi blog ini ditujukan khas buat yg baru nk berjinak-jinak
ataupun ign membeli kamera tp tidak mampu
dan yg ign mendapatkn nasihat pelaburan paling sesuai untuk membeli kamera

sy mulakan dgn lafaz "Bismillah..."

Blogging to unblock

Apa kaitan topik ni?
Tiada, cuma buku hasil penulisan Dr. Mahathir yg sy belum baca
tapi bagi Hint untuk sy menulis blog juga

Kenapa harus baca blog sy?
Tidak perlu dan jangan bazirkan masa anda,
kecuali jika anda berminat tentang fotografi dan seni foto,
suka membuang masa, suka mendengar sy mengarut, atau kebosanan ditahap angkasa.

Kenapa fotografi dan seni foto?
sebab sy tak pandai berkata-kata, dan kalau sy cuma letak gambar
baik sy xperlu tulis blog dan upload dlm flickr

Ok, kalau sudah faham, kita mulakan ya... Apa itu Fotografi?????
hmm, nak balik kerja, lapar dan bosan.. kita berhenti disini dulu dan sambung kemudian ya














saya dan Dr.M