Tuesday, 21 December 2021

Cemburu

 Banjir di Semenanjung Malaysia baru ini membuatkan aku berfikir, tentang tiga manusia yang paling aku cemburui ketika ini:


1. Orang yang selalu menolong tanpa menyelar

2. Orang yang teguh tapi juga bijaksana dalam mendukung kebenaran

3. Orang yang menyembunyikan segala susah dan senangnya, tetapi hadir dalam susah dan senangnya orang lain


kerana aku bukan dari kalangan ahlinya.


Sunday, 5 December 2021

Salam dari Manchester

 


Apa khabar hari ini?

didoakan baik-baik saja

harap kita dapat bersama di tanah eropah ini

menghidupkan cita-cita yang dulunya mekar

menyelusuri segala celah kota dan budaya

sebelum waktu datang membunuh jiwa

buat ke sekian kalinya

terkorban dan hilang dari pandangan dunia


Aku baik-baik saja

tidak ada warna seperti biasa

tidak ada selfie tanpa kamu

tidak seperti sepuluh tahun yang lalu


Semoga semua tangisan ratapan

terbayar dengan tangis kesyukuran

semoga cepat sampainya waktu

yang teristimewa untuk kamu