Wednesday 25 August 2010

senarai kebahagiaan yang terlewati

saya mungkin akan lebih bahagia jika saya:

1. dapat kembali macam diri saya 5 tahun lepas
2. dapat memenuhi cita-cita mak untuk ada anak bergelar doktor
3. tidak pernah berjumpa dengannya
4. tidak pernah hilang motivasi untuk belajar
5. tidak banyak mensia-siakan umur sejak 2 tahun lepas
6. tidak dibelenggu perasaan bersalah dan ragu-ragu
7. menemui jawapan dari persoalan yang menghantui saya selama ini
8. tidak perlu lagi menoleh kebelakang dalam setiap langkah hidup saya
9. dapat memulakan kehidupan baru yang penuh kesyukuran dan tanpa bayangan masa silam

tapi saya yakin,
saya pasti akan Bahagia..
dan saya tidak pernah akan menyesal lagi
jika apabila saat nyawa saya ditarik
saya dapat kembali dalam keadaan Allah meredhai saya..
saya akan bahagia di sana, amin..


Badiozaman bin Siti Halimah, 1986 -

Friday 20 August 2010

BlackBerry Socks by DIGI

Hi DIGI, meet my sweet Kobi :)


Darn... I knew you would notice I faked it :(

I've tried okay, but its still look obvious without that sock..

I know its not BlackBerry but that's the only "black" I can afford. So if you do have a heart.. you know I deserve to be in your winning list..

Find out more detail on DIGI generous giveaway on here and here. Don't miss your chance okay..

Tuesday 17 August 2010

Ada Apa Dengan Satang Besar?

siapa yang Tak suka laut, pantai dan pulau?
kalau ya, anda sememangnya mempunyai hidup yg membosankan

siapa yang sukakan laut, pantai dan pulau dengan kemudahan perlancongan?
kalau ya, anda seorang yang normal tetapi berada di blog yang salah.. sila google Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Manukan, Pulau Tiga, Pulau Sipadan dan lain-lain untuk maklumat lanjut

siapa yang sukakan laut, pantai dan pulau tanpa manusia asing, tanpa hotel dan chalet-chalet, tanpa restoran, tanpa room servis, tanpa tandas mewah, tanpa tapak jalan, tanpa jeti, tanpa signboard, tanpa jet ski, tanpa banana boat, tanpa receptionist, tanpa resit, tanpa cenderahati?
Kalau ya, anda sememangnya pencinta alam sebenar.. anda semestinya akan sukakan Pulau Satang Besar yang terletak di bahagian Kuching Sarawak

Sarawak tidak memiliki banyak pulau seperti di Sabah, dan dua pulau utama di Sarawak telahpun dijadikan sebagai National Park, iaitu Taman Negara Talang-Satang. Untuk pergi ke Pulau Talang-Talang, anda haruslah menjadi penyelidik atau volenteer perkhidmatan dan mendapatkan permit kerana ianya tidak dibuka kepada pelancong.

Pulau Satang yang juga merupakan National Park pula hanya boleh dilewati melalui berurusan dengan Pak Abol, salah seorang ahli keluarga waris pulau berkenaan. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit dan akan bertolak dari pengkalan bot Telaga Air

maklumat tambahan bagi peminat fotografi landscape - matahari akan terbit kira-kira 45' dari pantai menghadap ke laut arah Santubong pada sekitar jam 6.40 pagi untuk mengambil sunrise dan bersedia mengambil gambar sunset sekitar jam 5.30-6.45 petang di tempat sama untuk mendapatkan ton warna langit yang cantik

anggaran arah matahari terbit
arah matahari naik jam 6.54 am
arah matahari terbenam jam 7.08 pm

So jom kita menikmati keindahan Pulau Satang, dan seperti biasa gambar tidak diedit untuk memberikan gambaran sebenar kepada yang berminat bersesi fotografi di sana..

Pulau Satang besar - nampak macam penyu
pemandangan Satang kecil dari depan Satang besar
bahagian tepi Satang besar
South China Sea
belakang pulau, kena melalui cerunan batu curam untuk sampai ke sini - 18PG only
jalan ke belakang pulau
awan di sini memang cantik untuk fotographer yang minat HDR - gambar ni bukan HDR
okay saya tipu - ada satu sign board
bersantai bawah pokok kelapa
siap ada hammock lagi
ada rumah tetamu milik tuan tanah bagi pelawat
tapak penetasan penyu - kalau bertuah dapat main dengan anak penyu
pemandangan sekitar rumah tetamu

selain mandi-manda dan bersantai, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan...

memancing tepi pantai - saya tak pernah dapat ikan kat sini
memancing dalam bot - yang ni selalu dapat ikan terutama bila Jigging
bermalam dalam bot bersama 2 abang saya - kami hampir melanggar bot nelayan lain masa nyenyak tidur kerana sauh perahu terlepas
barakuda hasil trolling
bermain layang-layang
panjat pokok kelapa dan minum sepuas-puasnya
menjiwangkan diri di tepi pantai
shopping ikan fresh terus dari bot nelayan yang singgah berlabuh

pada sebelah malam pula, aktiviti yang mesti dilakukan adalah...

BBQ - orang pelik je yang xbuat BBQ bila pergi pantai
semua makanan segar hasil tangkapan dari laut dan pantai satang
menanti kedatangan penyu hijau bertelur, biasanya sekitar jam 3-5 am. Selain penyu hijau terdapat juga penyu jenis hawksbill & olive ridley
Star gazing - saya tak pernah tengok tempat yang lebih cantik langit malamnya dari Satang
melepaskan anak penyu ke laut - AWAS, mungkin akan timbul niat untuk menculiknya
mamam penyu yang degil
akhir sekali tidur di pantai bagi yang tak suka duduk rumah - baru bangun pagi

selepas kulit menjadi hitam dan rambut serabai.. barulah anda boleh balik ke Telaga Air

jom balik, tapi kena tolak bot dulu
Mr.Crab mengucapkan Selamat Jalan...

so bagi sesiapa yang berminat atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan contact Pak Abol ya..

Pak abol yang macho

Monday 16 August 2010

konvo dia

Tahniah buat wanie yang berkonvo minggu lepas.. semoga menjadi cikgu yang cemerlang di Nanga Merit mana-mana anda berada..

http://wanie-thepooh.blogspot.com/
bersama saya, Dayat, ustaz Zul & ustaz Maliki

juga tahniah buat Zaher yang berkonvo dengan penuh hadiah dalam tangan

bersama Sepul, Cik xdikenali, En.MSc, Zata & Al

konvo kami suatu ketika dahulu (ayat bujat)

bersama za8 dan ibunya

Malaysia Mahathir.. Mahathir Malaysia..

Hari ini, roomate baru berasal dari Sri Langka telah berpindah ke bilik saya dan seperti semua roomate foreigner saya yang sebelum ni (Sri Langka, Myanmar, UAE) topik pertama yang akan dibincangkan selepas berkenalan adalah mengenai Malaysia dan Dr. Mahathir Mohamad..

kedua-dua nama tersebut seolah-olah sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan..
Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia adalah Mahathir..
dunia mengenali Malaysia dengan mengenali Dr.Mahathir

mereka semua juga sangat menghormati dan berbangga dengannya, malah hanya dia satu-satunya perdana menteri kita yang mereka kenali sehingga sekarang walaupun telah 7 tahun bersara..

Semoga akan muncul seorang lagi Mahathir buat Malaysia
untuk mengingatkan bangsa Melayu agar jangan mudah lupa lagi..

http://chedet.co.cc/chedetblog/
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa 
Tiada daulat 
Tiada maruah 
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah 
Ingatlah 
Ingatlah
Wahai bangsaku 
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Saturday 14 August 2010

Journey to Nanga Merit

Projek Zoonosis di Nanga Merit adalah ekspedisi saintifik saya yang pertama bersama UNIMAS, walaupun saya pernah menyertai ekspedisi saintifik lain, tapi ini merupakan kali pertama di Borneo, 'Land of Headhunters'..

Ekspedisi ini berlansung selama 2 minggu tetapi saya sebagai koordinator kumpulan ke-2 cuma masuk seminggu selepas kumpulan pertama.. terlalu banyak pengalaman yang dilalui tetapi ini cuma cerita perjalanan kami untuk pergi dan balik ke Nanga Merit.. sebahagian gambar diambil dengan kemera handphone jadi harap maaf kalau gambar pudar, dan sebahagian gambar dari kamera Kak Rahah, IBEC..

Kak rahah, Abg Nas, & Abg Jai

perjalanan bermula dengan menaiki bas dari Kota Samarahan ke Sibu sekitar 6-7 jam perjalanan.. game kad monopoli adalah game rasmi kami untuk ekspedisi ini

Bermain kad Monopoli dalam bas, kumpulan pertama

di Sibu, kami bermalam di hotel Li Hua, di mana saya dan Hanif (Pengarah; http://www.alwaysthinkup.blogspot.com/) rasa macam nak pecah kepala menguruskan tempat tinggal, penyelidik import, bekalan makanan, dan macam2 benda remeh juga rumit..

Hanif ridzuan

keesokan harinya kami bertolak dari pengkalan ekspress Sibu, dimana saya dan Hanif pada minggu sebelumnya (menghantar kumpulan pertama) menyedari kehilangan barang bernilai lebih RM15,000 tapi alhamdulillah kami berjaya menemuinya masih terbiar di sebelah sampah sarap.. di situ juga kami hampir ditinggalkan Ekspress dan terpaksa berlari memikul kotak besar separuh pengsan..

pengkalan ekspress Sibu

perjalanan ke Kapit mengambil masa hampir 3 jam menaiki ekspress.. kami singgah sebentar di sini sebelum bertolak semula ke Arang Batu. Kepada Bakal2 cikgu yang nak kena posting, jangan risau sekiranya dihantar ke Kapit, percaya atau tidak di sini ada line 3G celcom..

beberapa jambatan 4 tingkat di kapit
antara juadah yang dijual
ekspress dan tongkang merupakan antara pengangkutan utama

semasa bertolak ke Arang Batu, saya telah diberi amanah untuk membawa Hadiah Hari Jadi pakcik Hume Field dalam kotak polisterin.. Jadi saya berkepit dengan kotak itu sepanjang masa. Disebabkan ekspress telahpun penuh, sebahagian dari kami duduk di atas bumbung dan tepi ekspress sepanjang perjalanan

saya pun duduk di atas ekspress

setibanya di Arang Batu, kami bertukar menaiki kenderaan 4WD yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan..

berlabuh di Arang Batu
4WD yang tak lepas JPJ, ada yg cermin pecah, ada mcm dah banyak kali eksiden

disebabkan 4wd ni juga penuh, saya sekali lagi terpaksa duduk di luar kenderaan.. kami terpaksa menutup muka dengan tuala dan baju kerana jalan dipenuhi debu.. sewaktu dalam perjalanan, topi saya dan Hanif melayang ditiup angin (topi Hanif mahal tu, ada nilai estetika lg..ehem..) punggung kami juga terasa sangat terseksa kerana duduk lama di atas papan kayu, dengan jalan berbatu dan cerun tinggi serta banyak lori transformers

jalan berdebu dan selalu tiba-tiba muncul lori transformers
lori transformers - kaya org kt kapit ni banyak guna Mercedes

kami kemudiannya bertukar kenderaan sekali lagi, menaiki Long boat untuk ke tapak penempatan Nanga Merit

Hanif sedih topi hilang. Kanan sekali abg Asri, kiri kak Shima
bot panjang, driver bot paling style adalah apai Goku

kawasan penempatan tu cuma ada beberapa rumah dan kedai untuk shopping, sekolah pula terletak di tepi sungai seberang rumah yang kami tinggal (rumah Temuai). Sekali lagi kepada bakal2 cikgu yg akan di posting ke Nanga Merit, jangan risau ya, lihat sekolahnya cantik siap ada tandas terapung

zahie berposing depan rumah temuai
sekolah
kedai Nanga Merit, siap ada jual DVD lagi
3 orang Chick bersama 3 ekor Chicken

disebabkan rumah temuai tiada bekalan air (waktu kemarau), kami mangambil bekalan air paling dekat dan bersih yang berhampiran (ya air sungai, tapi ni dah kira bersih untuk minum, kat sebelah tu siap ada anjing mandi manda)

mengepam air bekalan
di mana-mana pun ada anjing mengekori kami

di rumah Temuai itu barulah saya tahu apa hadiah yang pakcik Hume dapat.. cis, saya merasa tertipu dan dipergunakan..

pakcik hume dan musang salai

hari berikutnya, saya bertolak ke kawasan perkhemahan yang terletak di hutan juga dengan menaiki long boat.. perjalan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit menjadi 2 jam lebih sebab air surut dan kami terpaksa menolak bot melawan arus sampai kaki rasa nak tercabut

hampir setiap 2-5 minit kena turun untuk tolak bot

dan ni merupakan tempat penginapan saya untuk hari-hari berikutnya.. siap ada tandas mewah lagi, berdoalah tidak sakit perut diwaktu tengah malam..

khemah yg cozy
tandas di hilir anak sungai

walaupun dalam hutan, kami dapat makan special, roti canai abg Faisal

Pembuat roti canai diimport khas dari Texas-Tech Univ






anak kelawar yg dinamakan iras nama sy, xtau apalah bg nama sama
group photo selepas memasang perangkap
abg Jai bersama Light trap nya
MrT, ketua projek Zoonosis ini memberi ucapan
bergambar sebelum pulang ke rumah Temuai. Kanan sekalai Abg Saleh, cook kami yg best

selepas 3 hari saya demam dan xmandi, kami pun balik ke kawasan penempatan semula.. pemandu long boat yg agak ganas melanggar semua benda jadi perjalanan balik kami lebih cepat & lancar.. kami bermalam di rumai Temuai dan bersiap untuk balik keesokan harinya..

bot penuh mcm nak karam
langgar pokok tumbang, entah berapa banyak benda yg kami langgar
bermain permainan Labu pada sebelah malam - abg wahap
bergambar malam sebelum berangkat pulang

disebabkan ekspress tidak dapat melalui kawasan jeram Pelagus untuk sampai ke Nanga Merit akibat air surut,  kami menaiki Tongkang untuk pulang ke Kapit. Kawasan jeram Pelagus ni betul-betul bahaya sehingga tongkang yang kami naiki terpaksa membuat 3 point turning di tengah2 sungai deras untuk mengelak batu..

berhimpit dalam tongkang
sebahagian dari jeram Pelagus
(Sumber: http://www.borneo.com.au/sarawak/tours/rej1)

Air deras di Pelagus
(sumber: http://www.kapitdc.sarawak.gov.my/galeri.html)

batu besar betul2 di tepi kami
singgah untuk melepaskan hajat selepas melepasi kawasan jeram

akhirnya kami pun tiba di Sibu dan saya cepat2 pergi cari ubat untuk tahan demam. Keesokan harinya kami pun pulang semula ke Kota Samarahan dengan menaiki Bas (nasib baik Bas xpenuh dan sy boleh duduk di dalam)

sampai di perlabuhan Sibu

so berakhirlah ekspedisi kami di Nanga Merit, dan ini baru cerita tentang perjalanan untuk ke sana, kalau rajin nanti saya akan upload cerita fieldwork kami di sana pulak..