Thursday 14 October 2010

a lens, a camera & a life long commitment..

Saya ingin membuat pengakuan dan pengunguman buat semua.. sila tutup mata, kira sampai 10 baru buka mata dan baca cepat-cepat supaya dapat effect lebih surprise okay..

Pengakuan: 

1. sejak kebelakangan ni saya asyik post benda yang mengarut (padan muka kamu, kan saya dah cakap saya suka merapu).. sebenarnya saya tidak dapat post apa-apa benda berkaitan fotografi sebab sudah 7 bulan saya tak ada kamera..

2. saya suka makan sushi...
    boleh hentak-hentak kan kepala anda atau telan racun tikus kalau rasa ini tidak berkaitan

Pengunguman:

Cuma satu pengunguman dan ini sangat penting.. saya akan memulakan projek bagi portfolio baru dengan tema seperti tajuk di atas.. sesiapa yang belum melihat portfolio saya sebelum ni, sila rasa bersalah sekarang kerana saya telah membuatnya dengan bersungguh-sungguh tapi kamu mengabaikan saya.. sila klik sini untuk menghentikan rasa bersalah sebelum ia menghantui hidup anda selamanya..

Setelah sekian lama menyimpan impian dan berjimat cermat dengan memotong rambut sendiri sejak 3 tahun lepas (sy tak tipu okay.. kalau tak percaya semoga anda dapat balasan karma).. saya telah pun membeli lens pertama saya minggu lepas iaitu nikkor 35mm 1.8 dx. So far saya sangat suka lens ni dan sangat tidak menyesal se-sen pun  :)

Tapi buat masa ni saya masih belum ada kamera, saya cuma main pusing-pusing sambil tengok-tengok saja lens tu.. InsyaAllah duit simpanan selebihnya pula saya sudah niatkan untuk beli Nikon D7000 tak lama lagi

Oleh itu, projek ini berlandaskan proses pembuatan portfolio baru saya di mana semua gambar diambil menggunakan D7000 dan lens 35mm itu saja. Buat masa ini saya masih tidak bercadang untuk membeli lens lain kerana telah melebihi kuata budget kamera saya bagi tahun 2010-2012, tapi sekiranya ada rezeki lebih insyaAllah lens Tokina 12-24 akan menyusuli tahun depan. Semoga projek saya akan berjalan dengan lancar nanti.. Amin


Tips membeli kamera harga murah:

Bagi sesiapa yang ingin membeli kamera tetapi tidak tahu berapa harga yang paling murah boleh anda jumpa di pasaran.. saya sertakan tips untuk mengurangkan rasa kesal anda terbuka post ini.

Pertama, anda boleh cek harga kamera di web Nikon Malaysia dan menolak 10-15 % dari harga yang ditunjukkan bagi kamera baru, dan sehingga 30% bagi kamera yang lama.

Cara kedua pula ialah dengan cek harga termurah ditawarkan dalam web Lelong.com, biasanya boleh dapat di kedai dalam RM 50-200 lebih murah.

Sekiranya harga di kedai yang anda jumpa lebih mahal dari ini, cepat2 keluar kerana tidak berbaloi..  jangan lupa untuk pastikan warranty Nikon yang ditawarkan adalah dari Nikon Malaysia untuk mengelakkan terbeli Grey Item.

Cara terakhir adalah dengan meng-email saya dan insyaAllah saya boleh cadangkan harga yang berbaloi untuk anda beli. Selamat membeli :)

10 comments:

  1. Semoga lens itu tidak berkecil hati n selamat dibwh jagaan encik badio sblm dia dpt kawan D7000..=p

    ReplyDelete
  2. hee, thanks :) lens tu sangat gembira dan xsabar tunggu D7000

    ReplyDelete
  3. adeh...penantian ya la siksa bro...D7000..best

    ReplyDelete
  4. haha.. memang memang.. seksa gilak tunggu, dah sebulan announce, masih sik sure bila sampe kede.. hopefully before bulan 11

    ReplyDelete
  5. jagalah lens ya mcm iphone ktk k.. eh sik, lbh bagus gik sb cm slalu gugok jak jak iphone ya

    ReplyDelete
  6. Pakai D7000 boleh wat review skali. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Xprlu expresi begitu excited jess, sb sy xjd beli, mslh budget.. Knp sy xdpt komen kt blog jess huh?

    ReplyDelete
  8. kenapa?sudah boleh komen la. kawan saya dapat komen pun. saja ni. alasan.haha

    ReplyDelete