Tuesday, 17 August 2010

Ada Apa Dengan Satang Besar?

siapa yang Tak suka laut, pantai dan pulau?
kalau ya, anda sememangnya mempunyai hidup yg membosankan

siapa yang sukakan laut, pantai dan pulau dengan kemudahan perlancongan?
kalau ya, anda seorang yang normal tetapi berada di blog yang salah.. sila google Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Manukan, Pulau Tiga, Pulau Sipadan dan lain-lain untuk maklumat lanjut

siapa yang sukakan laut, pantai dan pulau tanpa manusia asing, tanpa hotel dan chalet-chalet, tanpa restoran, tanpa room servis, tanpa tandas mewah, tanpa tapak jalan, tanpa jeti, tanpa signboard, tanpa jet ski, tanpa banana boat, tanpa receptionist, tanpa resit, tanpa cenderahati?
Kalau ya, anda sememangnya pencinta alam sebenar.. anda semestinya akan sukakan Pulau Satang Besar yang terletak di bahagian Kuching Sarawak

Sarawak tidak memiliki banyak pulau seperti di Sabah, dan dua pulau utama di Sarawak telahpun dijadikan sebagai National Park, iaitu Taman Negara Talang-Satang. Untuk pergi ke Pulau Talang-Talang, anda haruslah menjadi penyelidik atau volenteer perkhidmatan dan mendapatkan permit kerana ianya tidak dibuka kepada pelancong.

Pulau Satang yang juga merupakan National Park pula hanya boleh dilewati melalui berurusan dengan Pak Abol, salah seorang ahli keluarga waris pulau berkenaan. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit dan akan bertolak dari pengkalan bot Telaga Air

maklumat tambahan bagi peminat fotografi landscape - matahari akan terbit kira-kira 45' dari pantai menghadap ke laut arah Santubong pada sekitar jam 6.40 pagi untuk mengambil sunrise dan bersedia mengambil gambar sunset sekitar jam 5.30-6.45 petang di tempat sama untuk mendapatkan ton warna langit yang cantik

anggaran arah matahari terbit
arah matahari naik jam 6.54 am
arah matahari terbenam jam 7.08 pm

So jom kita menikmati keindahan Pulau Satang, dan seperti biasa gambar tidak diedit untuk memberikan gambaran sebenar kepada yang berminat bersesi fotografi di sana..

Pulau Satang besar - nampak macam penyu
pemandangan Satang kecil dari depan Satang besar
bahagian tepi Satang besar
South China Sea
belakang pulau, kena melalui cerunan batu curam untuk sampai ke sini - 18PG only
jalan ke belakang pulau
awan di sini memang cantik untuk fotographer yang minat HDR - gambar ni bukan HDR
okay saya tipu - ada satu sign board
bersantai bawah pokok kelapa
siap ada hammock lagi
ada rumah tetamu milik tuan tanah bagi pelawat
tapak penetasan penyu - kalau bertuah dapat main dengan anak penyu
pemandangan sekitar rumah tetamu

selain mandi-manda dan bersantai, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan...

memancing tepi pantai - saya tak pernah dapat ikan kat sini
memancing dalam bot - yang ni selalu dapat ikan terutama bila Jigging
bermalam dalam bot bersama 2 abang saya - kami hampir melanggar bot nelayan lain masa nyenyak tidur kerana sauh perahu terlepas
barakuda hasil trolling
bermain layang-layang
panjat pokok kelapa dan minum sepuas-puasnya
menjiwangkan diri di tepi pantai
shopping ikan fresh terus dari bot nelayan yang singgah berlabuh

pada sebelah malam pula, aktiviti yang mesti dilakukan adalah...

BBQ - orang pelik je yang xbuat BBQ bila pergi pantai
semua makanan segar hasil tangkapan dari laut dan pantai satang
menanti kedatangan penyu hijau bertelur, biasanya sekitar jam 3-5 am. Selain penyu hijau terdapat juga penyu jenis hawksbill & olive ridley
Star gazing - saya tak pernah tengok tempat yang lebih cantik langit malamnya dari Satang
melepaskan anak penyu ke laut - AWAS, mungkin akan timbul niat untuk menculiknya
mamam penyu yang degil
akhir sekali tidur di pantai bagi yang tak suka duduk rumah - baru bangun pagi

selepas kulit menjadi hitam dan rambut serabai.. barulah anda boleh balik ke Telaga Air

jom balik, tapi kena tolak bot dulu
Mr.Crab mengucapkan Selamat Jalan...

so bagi sesiapa yang berminat atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan contact Pak Abol ya..

Pak abol yang macho

6 comments:

  1. ~~Puteri santubong puteri sejinjang menjaga gunung negeri sarawak..~~~ lala..
    hm, nanti bwk saya p sini..:)

    ReplyDelete
  2. oh okay, nanti saya bagi contact number Pak Abol dan boleh berurusan sendiri ya.. hee

    ReplyDelete
  3. urm, bilalah nak tercapai hasrat & hajat g jigging..g tgok penyu..g nait bot..g satang..g mkn ketam & ikan fresh.wooweeewoooweeee (dgn impian penuh d hati)

    ReplyDelete
  4. ohh.. insyaAllah Pak Abol boleh menunaikan impian ktk ya k

    ReplyDelete
  5. mcm ne mun kta mok snorkeling ho? ada srvice ya kay cya ka??

    ReplyDelete
  6. Kat sia ada gogle n snorcle so just pake n snorkle drk empun.. Tp yg kaki itit ya xda..mun xpande berenang blh pinjam life jaket n enjoy your self..

    ReplyDelete