Projek Zoonosis di Nanga Merit adalah ekspedisi saintifik saya yang pertama bersama UNIMAS, walaupun saya pernah menyertai ekspedisi saintifik lain, tapi ini merupakan kali pertama di Borneo, 'Land of Headhunters'..
Ekspedisi ini berlansung selama 2 minggu tetapi saya sebagai koordinator kumpulan ke-2 cuma masuk seminggu selepas kumpulan pertama.. terlalu banyak pengalaman yang dilalui tetapi ini cuma cerita perjalanan kami untuk pergi dan balik ke Nanga Merit.. sebahagian gambar diambil dengan kemera handphone jadi harap maaf kalau gambar pudar, dan sebahagian gambar dari kamera Kak Rahah, IBEC..
|
Kak rahah, Abg Nas, & Abg Jai |
perjalanan bermula dengan menaiki bas dari Kota Samarahan ke Sibu sekitar 6-7 jam perjalanan.. game kad monopoli adalah game rasmi kami untuk ekspedisi ini
|
Bermain kad Monopoli dalam bas, kumpulan pertama |
|
di Sibu, kami bermalam di hotel Li Hua, di mana saya dan Hanif (Pengarah;
http://www.alwaysthinkup.blogspot.com/) rasa macam nak pecah kepala menguruskan tempat tinggal, penyelidik import, bekalan makanan, dan macam2 benda remeh juga rumit..
|
Hanif ridzuan |
keesokan harinya kami bertolak dari pengkalan ekspress Sibu, dimana saya dan Hanif pada minggu sebelumnya (menghantar kumpulan pertama) menyedari kehilangan barang bernilai lebih RM15,000 tapi alhamdulillah kami berjaya menemuinya masih terbiar di sebelah sampah sarap.. di situ juga kami hampir ditinggalkan Ekspress dan terpaksa berlari memikul kotak besar separuh pengsan..
|
pengkalan ekspress Sibu |
|
perjalanan ke Kapit mengambil masa hampir 3 jam menaiki ekspress.. kami singgah sebentar di sini sebelum bertolak semula ke Arang Batu. Kepada Bakal2 cikgu yang nak kena posting, jangan risau sekiranya dihantar ke Kapit, percaya atau tidak di sini ada line 3G celcom..
|
beberapa jambatan 4 tingkat di kapit |
|
antara juadah yang dijual |
|
ekspress dan tongkang merupakan antara pengangkutan utama |
semasa bertolak ke Arang Batu, saya telah diberi amanah untuk membawa Hadiah Hari Jadi pakcik Hume Field dalam kotak polisterin.. Jadi saya berkepit dengan kotak itu sepanjang masa. Disebabkan ekspress telahpun penuh, sebahagian dari kami duduk di atas bumbung dan tepi ekspress sepanjang perjalanan
|
saya pun duduk di atas ekspress |
setibanya di Arang Batu, kami bertukar menaiki kenderaan 4WD yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan..
|
berlabuh di Arang Batu |
|
4WD yang tak lepas JPJ, ada yg cermin pecah, ada mcm dah banyak kali eksiden |
disebabkan 4wd ni juga penuh, saya sekali lagi terpaksa duduk di luar kenderaan.. kami terpaksa menutup muka dengan tuala dan baju kerana jalan dipenuhi debu.. sewaktu dalam perjalanan, topi saya dan Hanif melayang ditiup angin (topi Hanif mahal tu, ada nilai estetika lg..ehem..) punggung kami juga terasa sangat terseksa kerana duduk lama di atas papan kayu, dengan jalan berbatu dan cerun tinggi serta banyak lori transformers
|
jalan berdebu dan selalu tiba-tiba muncul lori transformers |
|
lori transformers - kaya org kt kapit ni banyak guna Mercedes |
kami kemudiannya bertukar kenderaan sekali lagi, menaiki Long boat untuk ke tapak penempatan Nanga Merit
|
Hanif sedih topi hilang. Kanan sekali abg Asri, kiri kak Shima |
|
bot panjang, driver bot paling style adalah apai Goku |
kawasan penempatan tu cuma ada beberapa rumah dan kedai untuk shopping, sekolah pula terletak di tepi sungai seberang rumah yang kami tinggal (rumah Temuai). Sekali lagi kepada bakal2 cikgu yg akan di posting ke Nanga Merit, jangan risau ya, lihat sekolahnya cantik siap ada tandas terapung
|
zahie berposing depan rumah temuai |
|
sekolah |
|
kedai Nanga Merit, siap ada jual DVD lagi |
|
3 orang Chick bersama 3 ekor Chicken |
disebabkan rumah temuai tiada bekalan air (waktu kemarau), kami mangambil bekalan air paling dekat dan bersih yang berhampiran (ya air sungai, tapi ni dah kira bersih untuk minum, kat sebelah tu siap ada anjing mandi manda)
|
mengepam air bekalan |
|
di mana-mana pun ada anjing mengekori kami |
di rumah Temuai itu barulah saya tahu apa hadiah yang pakcik Hume dapat.. cis, saya merasa tertipu dan dipergunakan..
|
pakcik hume dan musang salai |
hari berikutnya, saya bertolak ke kawasan perkhemahan yang terletak di hutan juga dengan menaiki long boat.. perjalan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit menjadi 2 jam lebih sebab air surut dan kami terpaksa menolak bot melawan arus sampai kaki rasa nak tercabut
|
hampir setiap 2-5 minit kena turun untuk tolak bot |
dan ni merupakan tempat penginapan saya untuk hari-hari berikutnya.. siap ada tandas mewah lagi, berdoalah tidak sakit perut diwaktu tengah malam..
|
khemah yg cozy |
|
tandas di hilir anak sungai |
walaupun dalam hutan, kami dapat makan special, roti canai abg Faisal
|
Pembuat roti canai diimport khas dari Texas-Tech Univ |
|
|
|
|
|
|
|
|
anak kelawar yg dinamakan iras nama sy, xtau apalah bg nama sama |
|
group photo selepas memasang perangkap |
|
abg Jai bersama Light trap nya |
|
MrT, ketua projek Zoonosis ini memberi ucapan |
|
bergambar sebelum pulang ke rumah Temuai. Kanan sekalai Abg Saleh, cook kami yg best |
selepas 3 hari saya demam dan xmandi, kami pun balik ke kawasan penempatan semula.. pemandu long boat yg agak ganas melanggar semua benda jadi perjalanan balik kami lebih cepat & lancar.. kami bermalam di rumai Temuai dan bersiap untuk balik keesokan harinya..
|
bot penuh mcm nak karam |
|
langgar pokok tumbang, entah berapa banyak benda yg kami langgar |
|
bermain permainan Labu pada sebelah malam - abg wahap |
|
bergambar malam sebelum berangkat pulang |
disebabkan ekspress tidak dapat melalui kawasan jeram Pelagus untuk sampai ke Nanga Merit akibat air surut, kami menaiki Tongkang untuk pulang ke Kapit. Kawasan jeram Pelagus ni betul-betul bahaya sehingga tongkang yang kami naiki terpaksa membuat 3 point turning di tengah2 sungai deras untuk mengelak batu..
|
berhimpit dalam tongkang |
|
batu besar betul2 di tepi kami |
|
singgah untuk melepaskan hajat selepas melepasi kawasan jeram |
akhirnya kami pun tiba di Sibu dan saya cepat2 pergi cari ubat untuk tahan demam. Keesokan harinya kami pun pulang semula ke Kota Samarahan dengan menaiki Bas (nasib baik Bas xpenuh dan sy boleh duduk di dalam)
|
sampai di perlabuhan Sibu |
so berakhirlah ekspedisi kami di Nanga Merit, dan ini baru cerita tentang perjalanan untuk ke sana, kalau rajin nanti saya akan upload cerita fieldwork kami di sana pulak..
bezt!refresh suma kenangan kat ng merit!btw, pendrive berisi gmbr lom sempat dipulangkan. dh pilih, tp jgn anok mun gmbr kmk pilih kurang nilai estetika.suh anip aktifkan blogg!!
ReplyDeleteOkay.. xpa.. hmm, insyaAllah kelak kmk upload field work yg lain gik.. tapi tauk la kmk tok pemalas jd lambat2 kit.. mun rajin ktk post jak pake gmbr kmk amik pn xpa
ReplyDeletehuh...patutlah tido kul 4 pagi..haih...
ReplyDeleteby the way, seronok baca..tp yg part sekolah tu, alamak....huu~~..
hehe, kena bersemangatkan bila nk pergi posting.. msti dh boleh menyesuaikn diri dlm masa 7 tahun
ReplyDelete